Wednesday 13 July 2016

PERPADUAN DAN PERKAUMAN

MAKSUD PERPADUAN DAN PERKAUMAN


Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

Perkauman ialah orang yang mengamalkan kepercayaan atau junjungan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau bangsa terhebat atau utama selain bangsa lain di dunia. Mereka ini mengamalkan kepercayaan prejudis bahawa satu bangsa adalah lebih tinggi darjatnya dari bangsa yang lain.

Jika dirujuk sebagai kata sifat pula perkauman bermaksud perbuatan diskriminasi ke atas sesuatu bangsa atau agama. Perkauman yang keterlaluan akan menyebabkan ketegangan berlaku. Contoh perkauman yang dapat dilihat apabila sesuatu bangsa lain menghina dan menjatuhkan martabat sesuatu bangsa lain. Selain itu, bangsa berkaitan hanya bergaul dengan bangsanya sahaja.


PUNCA DAN AKIBAT PERPECAHAN PERPADUAN DAN PERKAUMAN


Punca :


Pada zaman moden ini terlalu  banyak kes yang berpunca daripada perpecahan dalam perpaduan antara kaum. Kesan ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan kagawatan dalam sesebuah ekonomi masyarakat. Jika ianya dibiarkan perkara ini boleh menggugat sesebuah Negara itu sendiri ini, kerana perpaduan dan perkauman adalah tunjang utama dalam membangunkan sesebuah Negara. Antara punca puncanya ialah jenayah, ini kerana, jenayah boleh membangkitkan kemarahan kaum kaum tertentu. Selain itu, propaganda perkaumandi laman sosial  seperti facebook, myspace dan tagged merupakan salah satu punca yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan kaum di Malaysia contohnya kejadian yang berlaku baru baru ini di mana seorang seorang warga cina telah memuat naik gamba yang berunsur penghinan di laman facebook nya. Kes ini telah membuat banyak pihak tidak berpuas hati dan membuat laporan polis. Bukan itu sahaja, ahli agama yang mengkritik secara langsung dan tidak langsung pada kaum lain juga boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di Negara kita. Bukan itu sahaja, kurang penerapan nilai insaniah dan perpaduan yang kuat dalam diri juga bileh membawa kepada kaum. Oleh itu ibubapa perlu memberi didikan yang sewajarnya tentang kepentingan penyatuan dalam perpaduan dan perkauman. Politik Negara juga merupakan salah satu punca perpecahan kaum di Malaysia. Justeru, sebagai rakyat kita harus menghapuskan punca punca utama di atas bagi mengelakan perpecahan di dalam perkauman.    




Akibat :


Akibat adalah perkara yang paling digerungi oleh semua pihak. Akibat juga akan membuat sesebuah Negara akan tergugat. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara kaum merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan warga asing untuk melancong atau melabur di Negara kita. Sehubungan dengan itu , terdapat beberapa akibat seperti Negara akan menjadi hura hara dan kacau bilau apabila tiada perpaduan antara kaum. Selain itu, keselamatan dan keamanan Negara akan terancam apabila tiada perpanduan antara kaum. Sebagai contoh, apabila tiada perpanduan antara kaum Negara akan mudah di jajah dan Negara asing akan mengambil kesempatan untuk menjajah Negara kita. Selain itu, rakyat akan berpecah belah seperti yang berlaku pada baru baru ini, perhimpunan bersih. Akibat dari perhimpuanan itu terdapat beberapa kejadian yang tidak wajar berlaku seperti memecahkan kenderaan polis. Hal ini amat memalukam kerajaan atau Negara itu sendiri. Bukan itu sahaja, peniaga juga tidak dapat menuruskan perniagaan mereka seperti biasa kerana pehimpuanan tersebut. Dengan berlaku kejadian seperti ini, Negara kita tidak akan menerima pelancong, hal ini disebabkan pelancong luar akan berasa tidak selamat apabila berada di Negara kita. Demokrasi Negara juga tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal sedemikian akan menyebaba kan ekonomi Negara akan jatuh merudum. Ketika itu Negara akan mengalami kemunduran dan kemerosotan. Negara juga akan di pandang rendah oleh Negara lain. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama sama berusaha menaikkan nama Negara. Pada saat inilah ketua Negara( Perdana Menteri} wajib memainkan peranan dengan sebaiknya. Rakyat juga perlu menyokong dan member kejasama seteguhnya kepada ketua Negara. Kata sepakat amat penting bagi mengukuhkan lagi sesebuah Negara.


ISU DAN CABARAN PERPADUAN DAN PERKAUMAN




Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka mengamalkan  dasar pecah dan perintah terutama membiarkan penduduk  negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian  dan penanaman padi serta menangkap ikang  manakala tenaga buruh di ladang diambil dari  negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza. Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.


Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran  Melayu.  Kesan langsung wujudnya sistem  pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.


Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya  keganasan 14 hari seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini  menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.


Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.


Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.




CARA MENYELESAIKAN MASALAH



1. Peranan pihak kerajaan


Bagi memantapkan hubungan kaum di Malaysia, kerajaan memainkan peranan penting dalam merangka semula dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat serta integrasi nasional. Antara salah satu daripada langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan adalah meneruskan dan menjayakan tiga dasar-dasar penting iaitu Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan Dasar Wawasan Nasional yang mempunyai satu matlamat yang sama di mana untuk mencapai perpaduan negara dan keharmonian sosial melalui sosioekonomi yang seimbang di Malaysia.Berlandaskan dasar-dasar tersebut, kerajaan haruslah membasmi kemiskinan yang berterusan tanpa mengira kaum/keturunan supaya mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum baik di kawasan bandar mahupun luar bandar serta antara wilayah. Dengan itu, kerajaan perlulah membuka dan membangunkan tanah-tanah baru di luar bandar supaya dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta melaksanakan program-program pemberian subsidi dan kredit serta kemahiran bagi pekebun kecil, nelayan, pekerja ladang dan sebagainya. Manakala di bandar pula,kerajaan bolehlah menambahkan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan kerajaan dengan membuka danmemajukan lebih banyak kawasan perindustrian baru. Di samping itu, kerajaan juga perlu menjalankan penyusunan semula masyarakat dari semasa ke semasa bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi.



2. Peranan masyarakat



Sebagai langkah kedua dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.





3. Peranan ibu bapa



Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Oleh itu, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.




4. Peranan institusi pendidikan



Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan dan sambutan-sambutan majlis di sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.




PENUTUP


Kesimpulannya,masyarakat di negara ini perlulah bersatu padu dan memupuk perpaduan antara satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia , kita seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini disamping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa dimana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.





.



3 comments: